dhani naughty

dhani naughty
baguzzz

daftar community

dhani community

dhani management

dhani management
kerend
Powered By Blogger

Minggu, 11 April 2010

berinai curi

Cara berinai curi :

Majlis berinai curi diadakan pada waktu malam di rumah pengantin perempuan. Majlis ini bergantung kepada kesanggupan dan kemahuan pihak pengantin. Mulai malam tersebut, jari-jari dan tapak tangan serta keliling tapak kaki pengantin perempuan diinai. Selepas itu pengantin akan naik ke pelamin. Kemudian sanak saudara dan sahabat handai akan bergilir-gilir menginaikannya. Masa ini jugalah pihak pengantin lelaki atau keluarganya berpeluang melihat dari dekat wajah pengantin perempuan. Berinai curi biasanya diadakan sekurang-kurangnya satu malam tapi biasanya ia diadakan tiga malam.

Sebab berinai curi:

Majlis Berinai Dalam proses perkahwinan Melayu, salah satu daripada adat perkahwinan yang masih kekal pada hari ini ialah berinai.Majlis berinai terbahagi kepada tiga peringkat iaitu,berinai curi, berinai kecil dan berinai besar.Pada masa dahulu majlis berinai ini merupakan suatu majlis yang amat penting dalam agenda perkahwinan namun, pada masa kini kedudukan majlis berinai adalah sebaliknya dan hanya menjadi suatu kemestian biasa sahaja.Walau bagaimanapun,terdapat falsafah tersendiri di sebalik majlis ini dan ia dirasakan wajar diteruskan oleh generasi kini mengikut kesesuaian masa dan keadaan.

Majlis berinai curi adalah melibatkan bakal pengantin perempuan sahaja manakala bakal pengantin lelaki tidak terlibat.Upacara ini diadakan sekurang-kurangnya satu malam.Walau bagaimanapun,ada keluarga yang sanggup mengadakan majlis ini selama tiga malam, lima malam atau tujuh malam.Pada malam-malam itu, jari-jari tangan dan jari-jari kaki bakal pengantin perempuan akan diinaikan iaitu, meletakkan daun inai yang telah digiling lumat dan pekat.Beberapa orang daripada saudara bakal pengantin akan akan berperanan meletakkan inai dan akan dibiarkan selama beberapa jam.

Setelah inai kering ia akan ditanggalkan dan meninggalkan kesan kemerahan pada bahagian yang diinaikan itu.Justeru,dapat dilihat bahawa inilah keistimewaan pengantin perempuan yang kelihatan berseri-seri dan ia juga menandakan bahawa bakal pengantin telah bersedia memasuki gerbang perkahwinan .Dalam majlis ini juga, pengantin akan dilatih oleh tukang andam untuk menjadi pengantin termasuklah cara berpakaian,berjalan,memakai pakaian pengantin dan sebagainya.Lazimnya juga, majlis ini juga disebut sebagai majlis bersuka-sukaan di kalangan saudara-mara pengantin.

Dalam majlis ini pengantin lelaki akan diarak kerumah pengantin perempuan.Sebelum menaiki tangga rumah pengantin perempuan, pengantin lelaki akan disambut dengan tepak sirih dan disirami dengan beras kunyit.Sekiranya pengantin lelaki tidak membawa tepak sirih dia tidak akan dibenarkan naik kerumah sebaliknya menunggu dahulu manakala pengantin perempuan juga perlu turun dari rumah dan berarak naik bersama pengantin lelaki. Secara keseluruhannya,istiadat berinai ini adalah untuk mengukur kebersihan dan kesucian kedua-dua pengantin kerana inai itu sendiri dianggap mengandungi “berkat” iaitu,sebagai satu cara penyucian dan perlindungan.Selain itu,pengantin juga dianggap sebagai “wangi” dan berdarah “manis”.Pada masa dahulu juga, sebelum upacara berinai dimulakan mak andam atau tok dukun akan tampil kehadapan,mereka akan menghiris beberapa biji limau nipis serta memerahkan air limau itu kedalam cawan yang berisi dua sudu air kelapa.Seterusnya air berkenaan akan dicampurkan kedalam air mandian pengantin. Pada masa kini,adat berinai adalah suatu upacara biasa yang ringkas dan dilakukan sehari sebelum majlis perkahwinan berlangsung.Dalam majlis ini biasanya keringkasan masa amat dititikberatkan dan lazimnya,pada malam berinai proses yang dilakukan hanyalah melibatkan upacara menepung tawar mempelai sahaja. Pengantin lelaki dan perempuan akan disandingkan bersama dan pada masa ini tangan pengantin telah siap berinai.Kerja-kerja menginai ini biasanya dilakukan sendiri oleh pengantin pada waktu siang hari di rumah masing-masing. Sekiranya pengantin lebih mementingkan kepantasan masa, pengantin hanya akan mengecat kuku dengan pewarna kuku yang bersesuaian dengan pakaian dan solekan.

Orang yang akan melakukan berinai curi:

Ø pengantin lelaki

Ø pengantin perempuan

Ø sekumpulan tetamu (kebanyakannya wanita)

Ø saudara rapat

Ø jiran

Ø kawan keluarga pengantin perempuan

Peralatan berinai curi:

dulang berkekaki yang besar yang mengandungi tiga buah pinggan, bersama-sama beberapa tangkai daun wangi. Pinggan-pinggan itu masing-masing mengandungi nasi kunyit, bertih, dan air daun setawar kisar. Di tengah dulang itu terletak selonggok pes inai.

Bahan-bahan berinai curi:

sirih : Inai yang disebut juga 'pacar cina' adalah sejenis tumbuhan semak yang daunnya digunakan untuk pemerah kukuBagai inai dengan kuku, tidak pernah berceraiKaki tertarung inai padahannya, mulut terdorong emas padahannya, harus berani menanggung akibat perbuatan atau janji sendiriInai tertepung, kuku tanggal, sesuatu yang selesai dikerjakan, tetapi ternyata ada kesukarannya.

Asam: adalah tumbuhan perdu yang menghasilkan buah dengan nama sama. Tumbuhan ini dimanfaatkan buahnya, yang biasanya bulat, berwarna hijau atau kuning, memiliki diameter 3-6 cm, umumnya mengandung daging buah masam, agak serupa rasanya dengan lemon. Dan bermanfaat dalam berinai.

Nasi adalah berasang telah direbus (dan ditanak).

Arang adalah residu hitam berisi karbon tidak murni yang dihasilkan dengan menghilangkan kandungan air dan komponen volatil dari hewan atau tumbuhan.

Kesimpulan:

bertujuan untuk mengelakkan mengotorkan tangan pengantin. Sejurus selepas ini, emak pengantin akan merapatkan kedua-dua tangan pengantin dan menaikkannya pada aras dada sebagai tanda menyembah kepada tetamu yang melakukan istiadat ini. Istiadat ini biasanya dilakukan oleh semua tetamu yang minat, tetapi bilangan mereka harus merupakan bilangan ganjil dan bukannya genap.